Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
          Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."
            Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."
            Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
            Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya
            Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
  wallahua'lam..



Jangan bersedih kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi

Dalam sebuah hadis shahih d sebutkan:-
‘’Seandainya nilai dunia ini d sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk,nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.”
-menurut Allah ,dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk,inilah hakikat nilainya dan timbangannya d sisi Allah.lalu mengapa harus bersedih dan gelisah kerananya???
Syair ‘adi bin zaid:-
Wahai orang yang bergembira
Di atas penderitaan orang lain
Dan selalu memburuk-burukkan masa
Apakah kamu orang selamat dan terlindungi
Atau apakah kamu punya perjanjian kuat
Yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu
                                                                               
MAKSUDNYA:wahai org yg suka bergembira d atas penderitaan org lain,apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tdk akan d timpa musibah sebagaimana yg telah menimpa org yg kamu merasa bergembira dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari2mu akan selamat dari segala bahaya dan bencana??  Kalau begitu ,mengapa engkau bergembira d atas penderitaan org lain,padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu???

Ayat2 Yg mmbuatkn Wanita sering Terpedaya Dgn Tipu Helah Lelaki

Tanda2 Lelaki Yang Tidak Baik:
  • ·       Bila laki tu cakap,

          “Awk….walaupun dah berbelas tahun bersama awk...sy tak penah ada org lain...hanya awk sorang sj...”
 Then girl tu tntu jawab, “awk tak borink, ek??”                               
 Laki tu tntu balas,
“saya tak penah borink ngn awk....awk cute...dr dulu smpai skrg...”

*   Dlm msa yg sma, laki tu angkut girl tu ke hulu ke hilir cam bini dia..mmg ar dia mngaku tak borink...puas hati asalkan ada girl yg tman dier. Girl tu tak cute pon...sj puji spy dia rsa syok nk lyan....then sbnarnya waktu girl tuh tak ada...dah rmai dah girl lain yg dia usha...


  • ·       Then, laki tu ckp,

“Saya rasa kn, awk lebih cute kalo pkai bju nih, tak apa..tkar ar bju...lg slesa…tak pnas. (bju yg mmudahkan proses mngintai)”
 Dlm hati girl tuh, “wokey...ni akn jd bju favourite akuh, ni…”

*   Sbnarnya tak comel pown, girl tu pkai cam tu...sj je...sng skit boy tu nak lpaskan nafsu mata...dpt tgk sj pun ckup ar..tak dpt pegang pun tak apa...imagine je sndiri...
                                                                   

  • ·       Bila boy tu sembang...dia cuit bahu girl tu…

dgn slamba, “kita kan kwn....”.
 Pd hal....dlm hati... “wah....lmbut giler bahu minah ni...kalo ak dapat pluk nih...gerenti esok dpt baby....”.
                                                                           
*   Come on la girl....prmpuan jnis apakah anda andai sng2 dpt dipegang sana sini???

  • ·       Bila cintanya ditolak, laki tuh ckp..”its ok... I always waiting for you.                             Hope still dpt jd bestfrend awk..”

Dlm persahabtan tuh, dia slalu jln2 ngn girl tu mrata-rata tak knal siang mlm...Biasa la...member, kan....????

*   Pd hal, kalau btul dia cintakan girl tuh, dia akn cuba jg maruah girl tuh.


  • ·       ok....this boy mmg baik ar..dimata pmpuan... Ayat dia ckup harmoni...

“wak...jom jalan2...borink giler. Dah beku otak nih, study...”.
 Girl tu ckp... ”ok...tapi saya bwak kwn bley tak?takut nnti org pikir apa plak.”
 Dgn pnuh gntleman... ”apa slhnya...sgan la plak, kalo kita berdua je..”
 girl tu mmg terharu n dlm hati, "so sweet....really understanding..".

*   -Kat sini mmg slalunya girl terpedaya n cair hbis ar...pd hal sbnrnya dlm hati laki...
sj je...tnjuk baik....nampak ar cam hormat dia...bdak uia la ktakan...hah,hah,hah...”

 Mmg nampak SEPERTI rekaan n agakkan smata2... Girl akn ckp,
“tak smua laki cam tu, kot...”.
Dan kalu tny llaki, llaki tntu tak akn mngaku. Tapi ingt2lah pesanan Rasulullah.. Apakah ciri plg jelas tuk knali lelaki yg baik... Siapa lbih bnr, Rasulullah ke..bf anda???
Wahai saudari...sbnarnya anda jarang sdar...mudah sgt nk knali n bezakan antara llaki yg baik dgn yg jht...mmg anda tak bleh bca air muka kami...jd Rasulullah ajar anda..Anda sj yg tak prasan...
Rasulullah pernah berpesan, 
“wahai lelaki, tundukkanlah pandangn mu...jagalah mata mu”.
 Lelaki yg baik akn sntiasa menjaga pndangn matanya..
 Cirinya sgt mudah dilihat, tapi sangat sukar ditemui... 
          Girls...cuba fikir balik...apa hadiah istimewa yg mampu anda brikan kpd suami anda nanti.. hadiah yg mampu bezakan antara dia dr lelaki2 lain, andai tubuh anda dah pernah disentuh oleh rmai lelaki...
 Lelaki mana pun...akn terasa andai dia tahu, 
ok...dlu bini aku ni pnah kluar dgn this guy...this guy tahu apa favourite dia...slalu shopping n jln2 dia suka jln dgn this guy kt skian2 tmpat..suka mkn apa..dia ketawa cam mana.....
“Lelaki...pikir2 ar skit bro...kalau kamu nak bwak anak dara org n wat dia cam bini kamu, kahwin ngn dia...ko angkut dia kesana kemari... esok dia tu jadik bini aku...walaupun aku tak jangka n ikutkan tak nak pown, tapi dah itu takdir aku! aku tak nak hampas beb. Sape nk bekas ko??walaupun ko tak pnah sntuh dia!”...
Ok....alright..alright.....smua llaki akn ckp cam tu..for sure..kalo kita dah tahu n nmpak sorg mamat nih ber'romantic' dgn girl yg akn jd istri kita... Mmandangkan kita tak tahu siapa yg akn jd isteri kita, so...jgn buat mcm tu kt ank org...fikir2 ar sndiri... Kita ni Islam....Nak ke...kna cam tuh?  B4 kahwin...ada jantan mna2 ntah bwa isteri kita ngn pnuh drama mcm bju dia??
 Wahai gadis....ingatlah..sesi perkenalan sblum perkahwinan hanyalah sewaktu dalam pertunangn..Dlm Islam, tak penah wujud istilah “cop”, “couple”, “dating”, dsb..yg wujud hanyalah pertunangn n pernikahan...
Jgn skali2 anggap, 
“k...aku mmg jahat, so ssuai ar ngn mamat nih. Keluar sma2 pown tak pe ah..dah dua2  jht...lg pown nanti ak nk kawin ngn dia jg..”.
Ssungguhnya jodoh pertmuan i2 di tangn Allah...
Once andai anda dpt suami yg baik....menyesal pun tak guna...yg pasti...anda cuma akn rsa kesal dan bersalah seumur hdup....Pasti tak ada seorg pn manusia rela hdup dgn rasa ksal..
Stiap insan itu pernah mlakukan kesalahan...andai telah terlanjur...bersamalh kita bertaubat kpdNya.. Allah sntiasa bri pluang tuk kita brubah slagi Dia izinkan jantung kita berdenyut.. Kita tak tahu bila ia akn berhenti...Disaat denyutan itu berhenti..maka tamatlah masa yg Dia bg tuk kita...
 Girls.....jdlah mutiara asli...sgt sukar ditemui..apatah lagi ditatapi....Wallahua'lam..
 by Abu Al Mu'minun 


Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!!!

assalamualaikum...

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.



1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary 
 by:abu muawiyah

10 nasihat utk org sdg bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:



1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.




~ BuAt mU yANg bErgELaR MuSLiMaH ~


Semoga berusaha,beristiqamah & berjaya,
Menjadi muslimah mulia,
Semulia Siti Maryam..


Semoga berusaha,beristiqamah & berjaya,
Menjadi nisa' faqihah,
Sebijak minda Aisyah..


Semoga berusaha,beristiqamah & berjaya,
Menjadi wanita yg tabah,
Sekukuh qalbu Asiah..


Semoga berusaha,beristiqamah & berjaya,
Menjadi srikandi kebanggaan,
Sehebat jiwa Sumayyah..


Semoga berusaha,beristiqamah & berjaya,
Menjadi hiasan terindah,
Seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah..  

Semoga berusaha,beristiqamah & berjaya,
Menjadi isteri solehah,
Setulus kasih Siti Khadijah..


Semoga berusaha,beristiqamah & berjaya,
Menjadi gadis dan kekasih,
Idaman setiap qalbu,
Kecintaan Pencipta mu..<span> </span>

..Wallahua'lam..
<3 <3 (^_^) <3 <3
..BuNgA iDaMAn MutiARa SyURgA..


~ bunga idaman mutiara syurga

UNTUK SAHABAT TERCINTA.....MAAFKAN SEGALA KEKURANGAN DIRI INI......

SALAM UKHWAH SAHABAT…
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT ANA SAAT SUSAH MAHUPUN SENANG…
SEGALA RAHSIA YANG DIKONGSI BERSAMA KAN TERSIMPUL KUKUH IKATANNYA..
JANGAN LUPA TUJUAN KITA BERSAHABAT..
SEGALANYA DEMI ROBBUL ‘IZZATI..
TIADA APA YANG LEBIH BERMAKNA DARIPADA REDHA DAN RAHMAT DARINYA…
BERMACAM PERKARA TELAH KITA TEMPUHI..
SUKA,DUKA,TAWA,KECIL HATI...
SEMUANYA TELAH KITA LALUI..
SEGALANYA KERANA ALLAH...
SYUKUR  PADAMU YA ALLAH KERANA MENEMUKAN KAMI DI BUMI MAAHAD INI...
SEMOGA UKHWAH YANG TERBINA INI KAN TERUS TETAP MEKAR DISIRAMI RASA BERTUHAN..
ANA SAYANG ANTUNNA KERANA ALLAH…
Kenang ana dalam doamu...............

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...