Do you know???


Sila baca fakta-fakta di bawah sehingga habis.Tahukah anda..
1. Tahukah anda dalam Bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai di ambil dari watak paparazzo dalam filem la dolce vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam Bahasa Melayu pula,ayah kepada seorang budak yang bernama razzi juga boleh dikenali sebagai dengan nama papa razzi
2. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun yang lampau, menjadikan bendera yang paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
3. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga di gelar besi berani, sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain  ke arahnya. Bagaimana pun orang yang di upah untuk MENARIK kereta bukanlah magnet.
4. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari dia di ekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
5. Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri mengunakan siku.
6. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadang kala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
7. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
8. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif  jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
9. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah orang utan.
10. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia berpakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai untuk mengembirakan hati kita bila nasi ayam yang di makan itu dibelanja oleh kawan kita.
11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca info ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.................HAHHA.... JJJJJJ   
                                                                                                                      

BERTUNANG bukan 'lesen' bermesraan!


Artikel ini dikarang oleh USTAZ HASSAN DIN...

Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedia-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan, "Jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang, tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangakan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah dputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistemati. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas berkahwin. Insyaallah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecermelangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi Muslim dan Muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

gamba hiasan je ye
Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi Allah!

Sahabatku...

               
Sahabatku, engkau  adalah  sahabatku,
engkau yg mengerti perasaanku,
dalam suka dan duka,
menggenggam erat  tanganku…

Namun kini… kau telah melepas jemari itu,
Padahal aku rapuh tanpa tangan itu…
Aku ingin engkau selalu menjaga dan melindungiku…
Di mana kau wahai sahabat…

Aku tak mengerti
Akan apa yang terjadi Kini...
Kenapa engkau membuatku menangis…?
kenapa engkau senyum dalam tangisku…

Kau pergi tanpa mengucap sepatah kata pun
Ku diam dalam kebungkaman yang penuh kesakitan
Sedangkan dirimu tertawa penuh keriangan
Kenapa kau  lakukan ini?  

kau selalu tersenyum
Ketika melihat aku
kau selalu menjawab Semua pertanyaanku

Tapi...
Dalam sekejap hal manis itu hilang,
Hilang terbang di bawa angin,
Entah kemana...
kau pergi meninggalkanku,
Tanpa alasan yang jelas...

Sebuah tamparan yang selalu ku dapat bila kusalah,
Sebuah bimbingan yang selalu merangkulku bila kulemah,
Kini tak akan pernah kudapati lagi...
Kemana aku harus mencari itu semua?

Satu yang ku harapkan darimu teman…
Jadikan hidup ini indah dengan kepedulian…
Kepedulianmu terhadap sekelilingmu…
Kepedulianmu terhadap temanmu kawan…

Maafkan diri ini bila diri ini bersalah
Meski kau telah pergi
Bagiku kau selalu ada dalam hatiku
Kerana kau adalah sahabatku
Dari dulu dan sampai bila-bila...



                                                                               -Ummisya-
                                                 

ikhtilat????????

what is meant by ikhtilat?
-Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi.ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang di tegah oleh islam

So what??
……………..
-Ramai bebudak Al-Amin sekarang mempunyai peribadi sebagai seorang muslim yang hampeh.
Hubungan antara lelaki perempuan pun haram kejadah tak dijaga.senangnya, ikhtilat berleluasa di kalangan pelajar Al-Amin.

Sedap2 je tuduh. Bukti??
Banyak.kalau sebut semua tak muat artikel ni.antarannya,,,
-SMS  banin  banat,Friendster(dah lapuk),Myspace,facebook,tagged,hi-5,yahoo messenger,dan sebagainya yang mana ada percampuran lelaki dan perempuan.bukan itu je.tahukah anda,banin dan banat Al-Amin sudah pandai bercouple di luar???
                                                                               

Jadi  nak  buat  apa??                      
-hadkan pergaulan
-jaga maruah diri
-ingat Allah setiap masa
-sedar yang kita seorang islam
-dan lain2(pandai2 fikir,semua dah besar,pandai jaga diri masing2.takkan dosa dengan pahala tak dpt nk bezakan?)

Wanita dan rama-rama...

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
        Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
        Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
(artikel dari iLuvislam.com)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...