lirik lagu-satu cinta(five star)

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu             
Ampunkanlah sgala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah sgala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang slamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau sribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… slamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia...

++Antara Bersin dan Menguap++


Rasulullah bersabda, :
“Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya”. (Shahih Bukhari, 6223)

*Imam Al-Khathabi mengatakan bahawa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa:
Bersin-  kerana badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.
Menguap-kerana badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktiviti, hal ini kerana banyaknya makan .
*Bersin menggerakkan orang untuk melakukan ibadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)
Rasulullah bersabda:
“Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum “.(HR. Bukhari, 6224)

*Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan,
gamba hiasan(kucing yg comel sdg menguap)

Menguap - gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut memerlukan oksigen dan nutrisi; dan kerana organ pernafasan kurang dalam menyalurkan oksigen kepada otak dan tubuh.Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pening, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah  menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!!
*mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menapis udara seperti hidung.
Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh.
Oleh kerana itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.
bersin

Bersin-lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.
*Oleh kerana itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaitan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.
setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).


pertandingan berzanji dan marhaban

esok pertandingan berzanji dan marhaban...
ish,takut la pulak...
tp takpelah,,pasukan kita mesti menang...ye dak??hehe...amin...
to all my beloved frens:
do the best,lets ALLAH do the rest!!!

chaiyok2!!!

petua memanfaatkan surah al-fatihah

                                                    

Petua dan tips daripada Dr.Fatma... 

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep. *utk memohon supaya Allah mencukupkan rezeki kita,bacalah surah al-fatihah 28 kali selepas masuk waktu isyak.. 

2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water. 

3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail. 

4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain. 

5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head. 

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area. 

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions: 

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything 
* Read it with full "khusyuk" 
* Tawakal to Allah 
* Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye): 
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib. 
* duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib. 
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati. 
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam

baca... betul-betul...

klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

...4 latihan rohani...

klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

...keselamatan...

Klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

kerana aku sayang kamu

Wahai sahabatku,,,
Diamku tak bererti aku membenarkan,
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan,
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan,
Bukan juga melukakan…

Tapi hari ini hatiku benar2 terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama2 mewarnai persahabatan ini
Dan aku mula menyendiri lagi…

Kini,Kau tertanya2 mengapa aku mendiamkan diri apabila bersamamu
Tetapi kau sedikit pun tidak tertanya2 mengapa kau mendiamkan diri apabila bersamaku dahulu

Aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Tidak melukaimu
dengan menjauhkan diriku darimu,
dengan pergi jauh dari hidupmu
walaupun aku sedar
sekeping hatiku ini akan teruk terluka
dengan keputusanku ini…
aku akan cuba membiasakan diriku dengan keadaan yg ‘baru’ ini…

wahai sahabatku,
fahamilah keputusanku ini…
aku tidak mahu terluka atau melukai
hanya disebabkan persahabatan ini…
aku tidak sanggup…
aku tidak kuat…

couple dan makanan halal

klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

Buat hati yang ketandusan cinta...


           ...Sabarlah duhai hati...

Tak  perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal  abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalir air mata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya,sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya,maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu,maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Ya ALLAH...
kau lindungilah hambamu ini...
lindungilah orang2 yang mengasihi aku...
semoga tetaplah iman dan cinta kami kepadaMU... aminnn......

AURAT dalam PHYSICS???

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat      
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan: 
J = mc  x  tetha(ish,mcm mane nk tulis simbol(tetha) ni???    Fhm2 sendiri je la ye...)
                      
J
ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m
ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c
ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu. 



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3) 

Abstrak/Pengenalan
 

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita: 
wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan. 


Tujuan 
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian. 

Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens 
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi 
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia?

Pembolehubah malar 
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha
atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi. 

Kaedah 
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan. 


Pemerhatian 
1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan 
Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, 
hipotesis diterima


...tamat sudah...

Assalamualaikum... tamat sudah peperiksaan ujian selaras 1 pada tahun ni... semoga keputusan yang diperolehi cemerlang hendakNya... amin....


Adoi,,penatnya belajar...kadang2 tension jgk... tp takpe... 

ni la yang d katakan tanggungjawab sebagai seorang 

anak dan pelajar

so,tugas kita,,belajar!!!

...kesihatan...

klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

renungan buat muslimah





Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya
,
dihisab dan bertemu penciptanya

...petua untuk hati...


             Petua untuk Hati
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah: 

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati


                                          - wallahualam -


What Is Love?

What is love? Love is definitely essential in our life. How much we appreciate love in our life? What can we get from love? Here, I will show you what LOVE is.

Lucky
Being lucky as a Muslim. Learn the meaning of love in Islam is beautiful. I love Allah, Prophet Muhammad (pbuh), my parents, family and all my Muslim sisters and brothers. 

O
bey
;
Obey the rules in Al-Quran and As-Sunnah, we will surely get the perfect blissful life. There are many things that I learnt in Al-Quran and As-Sunnah, including love. As we know, Islam is a religion that loves peace.

Vow;
Vowing that there is no god but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah. Only Allah is The One who we cannot forget. He is always watching us and always cares about us. 

Effort
Love is an effort to get the meaningful life. Always caring and being honest is a vital in love. We need to be caring and honest with our brothers and sisters in Islam and to all people all around the world. 
That is LOVE, which will always makes us smile and happy, always in our heart, forever and ever...InsyaAllah.

perubahan mengundang ujian???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...