Benar Kata Orang


Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, 
tipu daya dan muslihat syaitan mula berperanan untuk menyesatkan kita.
Hati yang dahulunya mengatakan “cinta kerana Allah SWT”
perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan
Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. 
Ya,perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. 
sedarlah wahai sahabatku,percintaan itu memang indah pada mulanya tetapi
akan  mula berubah menjadi hambar. 
Pergaduhan kerap berlaku yang akhirnya membawa kepada perasaan cemburu yang meluap-luap.
Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai.
Hidup menjadi tidak tenang. 
Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. 
Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Surah al-Israa’, ayat 32)



Takdir

-
-
-
-
Tiada yang salah dalam takdir 
-
hanya kita yang tersilap tafsir 
-
sesungguhnya ketentuan dari ilahi itulah yang terindah
-
-
-
-


sumber: fb

Pelik


Perasaan itu tak mampu dikawal
datangnya sendiri


-------------------

Biarlah Allah yang pertemukan kita pada waktu yang sesuai 
pada saat kita benar benar bersedia 
Amin... InsyaAllah







Al-fatihah

Hati merintih sayu...
mengingati kenangan lalu...
di setiap sudut,terimbau kenangan bersama....
jasadmu,tidak dapat dikembalikan lagi...
yang pergi tetap pergi.cuma tinggal kenangan bersama...
terima kasih untuk segalanya,ampunkan diri ini dan halalkanlah makan minumku...
duhai hati,tabahlah..!

Allah :(

Kasihnya ibu membawa ke syurga…kasihnya ayah masa berada.
Marilah kita bermuhasabah diri…
Tanpa ibu dan ayah,tak mungkin kita berada di dunia ini…
Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini…

Tanyalah pada diri kita sendiri…
Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita…
Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita…
Sedar tak,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari…
Kita lupa siapakah yang melahirkan kita…
Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita…
Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita…
Kita lupa segala-galanya…

Juga tanyakan pada ibu dan ayah…
Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari  kita…
Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung…
Mesti jawapan ayah dan ibu…
Jadilah anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah…
Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mengiringi ibu dan ayah…
Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti…
Ya,doa dari anak yang soleh dan solehah…
Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh…
Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung…

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
 “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Bila ibu dan ayah ada depan mata kita…
Kita buat endah tak endah aje…
Kita sakiti hati dan perasaan mereka…
Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita…
Hati ibu kita lukai…
Hati ibu kita calarkan…
Ibu menangis kerana kita…
Ayah memendam rasa kerana kita…
Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan…
Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian…
Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan…

Andai ibu dan ayah tiada lagi…
Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang…
Tiada lagi tempat untuk kita mengadu…
Hilang segala-galanya…
Hari ini kita mampu lagi ketawa…
Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis…
Menangis nasib diri yatim piatu…
Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah…
Menangis menyesali apa yang berlaku…
Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi…
Siapa yang boleh menduga  takdir ALLAH...

Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada…
Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu…
Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah...

Ibu dan ayah…
Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu…

Al-fatihah~
Suatu hari,kamu pasti merasai sedih pilu meninggalnya kedua-dua orang tua...
Namun,lebih menyedihkan bila mana mereka meninggalkan dirimu yang tidak soleh lagi
enggan bertaubat hidup di dunia...

+ sedih.susahnya nak berubah.+

Alhamdulillah3x


Ahamdulillah... terima kasih ya Allah atas kurnianMu...


Bila mahu beribadah?

Sambungan daripada entry 17 tahun+25 tahun+8 tahun.
Sesiapa yang belum baca cuba la klik ye...
Mungkin solat 5 waktu itu d anggap sudah mencukupi! kerana kita fikir,,solat wajib, besar pahalanya,amalan pertama yang d hisab,jalan bagi membuka pintu syurga.benarkah solat kita itu mencukupi dan d terima??
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun? 1 solat fardhu lebih kurang 10 minit.5 kali solat fardhu lebih kurang 1 jam.dalam waktu 50 tahun  waktu yang terpakai untuk solat=18,250x1jam=18,250jam bersamaan 2 tahun.
Kesimpulannya,waktu yang d manfaatkan dalam 50 tahun  d dunia Cuma 2 tahun untuk solat>ini jika yang solat 10 minit! Jika solat macam ayam patuk tanah,macam mana? 2 tahun daripada 50 tahun kesempatan kita.
Itu pun belum tentu solat kita bermaknaber pahala dan d terima.sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun. Dalam percakapan kita yang dusta, baik yang sengaja ataupun tidak. Dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita. Dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir dan dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.wallahualam.
Marilah sama-sama kita renungkan.
Sumber:novel “tuhan masih mencintaiku,karya,Lily Haslina Nasir”

MARI KITA BERMUHASABAH BERSAMA!

Manusia rata-rata meninggal dunia pada usia sekitar lebih
60 tahun dan kurang 70 tahun.kecualilah dapat subsidi daripada ALLAH.maknanya usia 65 tahun adalah usia purata orang kita di jemput ALLAH.
Lelaki akil baligh sekitar usia 15 tahun dan perempuan pula sekitar
15 tahun.okey,maksud sy,berapa banyak masa yang kita gunakan bagi
beribadah kepada ALLAH.jika ikut kiraannya,kita ada 65 tahun ditolak
dengan 15 tahun bersamaan 50 tahun.hemm,betulkah 50 tahun itu
kita gunakan  bagi beribadah dan mengenal Allah?

                       <<<<<<<Jom tengok ni>>>>>>

Waktu tidur lebih kurang 8jam sehari
Dalam 50 tahun, waktu yang habis d pakai untuk tidur sebanyak 18,250 hari x 8 jam=146,000 jam bersamaan 16 tahun 7 bulan. Dibundarkan menjadi 17 tahun.logiknya,alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis d gunakan untuk tidur,padahal kita akan meninggalkan dunia untuk selamanya…

Waktu aktiviti pada siang hari lebih kurang 12jam
Dalam 50 tahun,waktu yang habis d pakai untuk aktiviti sebanyak 18,250x12 jam=219,000 jam iaitu bersamaan 25 tahun.aktiviti pada siang hari,ada yang bekerja,atau bercinta,ada yang belajar atau mengajar,ada yang sekolah atau kuliah,ada yang makan sambil jalan2 dan banyak lagi…


Waktu rehat lebih kurang 4jam sehari
Dalam 50 tahun,waktu yang d pakai untuk rehat 18,250x4jam=73,000jam iaitu bersamaan 8 tahun.waktu rehat d habiskan dengan menonton televisyen atau mungkin termenung dbuai khayalan.

17 tahun+25 tahun+8 tahun=50 tahun!!!
(bersambung...)



ikhlaskanlah

Ikhlaskanlah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan
-Itu lebih manis-
:)


♥Sahabat dunia Akhirat♥

Sahabat ...
jika kamu lihat kesalahan dan kekhilafan ku
tegurlah aku... kerana aku..
adalah hamba biasa yang senantiasa lakukan dosa..

jika apa yang aku lakukan..
aku anggap ia betul..
padahal di matamu n di sisi syarak
adalah salah..
tegurlah aku... 
beritahulah kekhilafanku..
agarku tahu khilafku
serta memperbaiki kekhilafanku ini..

kerana sahabat yang baik senantiasa
menegur sahabatnya.. walaupun pahit
lebih sanggup dia dibenci oleh sahabat sendiri
daripada melihat sahabat sendiri melakukan dosa..

Moga persahabatan ini berkekalan..
serta dirahmati Allah..

Moga persahabatan ini..
tidak terhenti di dunia saja
malah kekal "Bersahabat sampai ke Syurga" 

hati hanya boleh menyintai sementara waktu,
tua hanya datang selepas muda,
tetapi memilikimu dijalan Allah,
adalah kebahagianku di dunia dan akhirat..=)

Salam sayang dari sahabat buat sahabat.
~ Moga kita senantiasa berada dalam Inayah dan Penjagaan Ilahi ~
(sumber:group cinta Allah cinta Abadi)



~~cerita hati~~

Andai Dirimu TERLUKA,
Serahkanlah kembali HATI mu padaNya..
Nescaya,Dia akan MENGUBAT deritamu..
Dan Mencantumkan Kembali Kepingan2 hatimu..
Percayalah,Allah Sentiasa MENJANJIKAN Apa
Jua Yang TERBAIK Buatmu..
InsyaAllah,Amin Ya Allah.



wahai lelaki

Ingatlah wahai LELAKI ,
hidupmu Penuh Cabaran ,
Janganlah Terlena dengan hasutan dunia
Yang penuh dengan kemaksiatan ,
Pimpinkanlah Istri & anak kamu ,
Sesungguhnya LELAKI yg Soleh Ialah
LELAKI yang mempin Keluarganya Ke jalan Allah ,
Jagalah Keluargamu Dengan rasa Amanah ,
Ingatlah dirimu Kepada Allah ,
Sesungguhnya Dari Dia Kita Datang,
Dan Pada Dia Jugalah Kita Kembali ...
Penuhilah dirimu Dengan Kemanisan Taqwa serta Iman ,
Kesopanan Dan Akhlah yang soleh ....
Insafi Dirimu ....
Wahai LELAKI ,
Kita Adalah Harapan Keluarga & AGAMA ,
Dalam memberi Nafkah Kepada keluarga ,
Dan Memimpin Keluarga Yang Beriman Pada PenCinptaNYA ,
Wahai LELAKI ,
Yakinlah Pada Tuhanmu Yang Berkuasa ....
Ingat...

 
 SUBHANALLAH

{ KAUM Lelaki Adalah Pemimpin Bagi KAUM HAWA! }
(sumber:group cinta Alla cinta Abadi)


~Manusia yang menjadi teman iblis~

Nabi Muhamad bertanya,” siapa temanmu wahai iblis?”
“pemakan riba.”
“siapa sahabatmu?”
“penzina.”
“siapa teman tidurmu?”
“pemabuk.”
“siapa tamumu”?
“pencuri.”
“siapa utusanmu?”
“tukang sihir.”
“apa yang membuatmu gembira?”
“bersumpah dengan cerai.”
“siapa kekasihmu?”
“orang yang meninggalkan solat jumaat.”
“siapa manusia yang membahagiakan mu?”
“orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”
(sumber:novel TUHAN MASIH MENCINTAIKU,,lily haslina nasir)
              


!Amalan yang dapat menyakiti iblis!

 “Apa yang kamu rasakan jika melihat seseorang daripada
 umatku mahu solat?”
 “aku merasa panas dingin dan gementar.”
 “Kenapa?”
 “sebab,setiap seorang hamba yang bersujud sekali kepada
 Allah,Allah mengangkatnya satu darjat.”

 “Apa yang kamu rasakan jika seorang umatku berpuasa?”
 “tubuhku terasa terikat hingga ia terbuka.”

 “Apa yang kamu rasakan jika ia berhaji?”
 “aku merasa seperti orang gila.”
                    
 “Apa yang kamu rasakan jika ia membaca al-quran?”
 “aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”

 “Apa yang kamu rasakan jika ia bersedekah?”           
 “itu sama sahaja orang itu membelah tubuhku dengan gergaji.”
 “Mengapa begitu?”
“sebab  dalam bersedekah ada empat keuntungan baginya iaitu     keberkatan dalam hartanya,hidupnya di sukai,sedekah itu kelak akan  menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhindar daripada dirinya.”
                  
 “Apakah yang dapat mematahkan pinggangmu?”
 “suara kuda perang pada jalan Allah”

 “Apakah yang dapat melelehkan tubuhmu?”
 “taubat orang yang bertaubat.”
                 
 “Apakah yang dapat membakar hatimu?”
 “istighfar pada waktu siang dan malam.”   

 “Apakah yang dapat mencoreng wajahmu?”
 “sedekah yang diam-diam.”

 “Apakah yang dapat menusuk matamu?”
 “solat fajar.”    
                           
 “Apakah yang dapat memukul kepalamu?”
 “solat berjemaah.”
            
 “Apakah yang paling mengganggumu?”
 “majlis para ulama.”   

 “Bagaimanakah cara makanmu?”
 “dengan tangan kiri dan jariku.”
                 
 “Dimanakah kamu menaungi anak2mu pada musim panas?”
 “di bawah kuku manusia.”
(sumber:novel TUHAN MASIH MENCINTAIKU,,lily haslina nasir)



Mengemis Kasih

Tuhan, dulu pernah aku menangis simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu dukaku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali

Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku mengunung tinggi

Tapi rahmatmu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmatku di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir

Namun pengampunanmu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padamu

Seribu langkah kau rapat padaku Allah...
(seterusnya)




♥ sabar dalam penantian♥

Cukuplah aku mencintai dia dalam diam…
Bukan kerana membenci hadirnya,
tetapi menjaga kesuciannya…
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurgaNYA…
bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan
yang begitu halus dan menyelusup…
♥ ♥ ♥ 

                  

...♥jika benar lelaki itu menyintaimu♥...

   Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu 
   ♥ Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah  denganmu
   ♥ Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
   ♥ Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA   ALLAH YANG BAIK 




♥♥♥Sahabat♥♥♥

Seorang  Ulama' berkata : sahabat itu ada tiga

1) SAHABAT    SEPERTI    UDARA

  ✿Sahabat yang amat kau perlukan pada setiap masa seperti udara.

  ✿Jika dia terputus darimu engkau akan mati

  ✿dia adalah sahabat yang dapat mendekatkan dirimu dengan Allah
  ✿Janganlah engkau memutuskan untuk selamanya



2) SAHABAT   SEPERTI    UBAT

  ✿Dia seperti ubat adalah sahabat yg dapat memberi kebaikan       padamu

  ✿Engkau tidak memerlukan melainkan jika diperlukan



3) SAHABAT    SEPERTI    PENYAKIT

  ✿Dialah mendekatkanmu dengan neraka

  ✿Sahabat seperti ini mesti kau jauh dan tinggalkan



♥…sayang kamu kaum hawa... ♥

buat kamu kaum hawa...
nilai kamu lbh beharga dr segala andai kamu jaga segala yg Agama mahu...  Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...