Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
          Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."
            Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."
            Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
            Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya
            Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
  wallahua'lam..



Jangan bersedih kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi

Dalam sebuah hadis shahih d sebutkan:-
‘’Seandainya nilai dunia ini d sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk,nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.”
-menurut Allah ,dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk,inilah hakikat nilainya dan timbangannya d sisi Allah.lalu mengapa harus bersedih dan gelisah kerananya???
Syair ‘adi bin zaid:-
Wahai orang yang bergembira
Di atas penderitaan orang lain
Dan selalu memburuk-burukkan masa
Apakah kamu orang selamat dan terlindungi
Atau apakah kamu punya perjanjian kuat
Yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu
                                                                               
MAKSUDNYA:wahai org yg suka bergembira d atas penderitaan org lain,apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tdk akan d timpa musibah sebagaimana yg telah menimpa org yg kamu merasa bergembira dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari2mu akan selamat dari segala bahaya dan bencana??  Kalau begitu ,mengapa engkau bergembira d atas penderitaan org lain,padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...