Bila mahu beribadah?

Sambungan daripada entry 17 tahun+25 tahun+8 tahun.
Sesiapa yang belum baca cuba la klik ye...
Mungkin solat 5 waktu itu d anggap sudah mencukupi! kerana kita fikir,,solat wajib, besar pahalanya,amalan pertama yang d hisab,jalan bagi membuka pintu syurga.benarkah solat kita itu mencukupi dan d terima??
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun? 1 solat fardhu lebih kurang 10 minit.5 kali solat fardhu lebih kurang 1 jam.dalam waktu 50 tahun  waktu yang terpakai untuk solat=18,250x1jam=18,250jam bersamaan 2 tahun.
Kesimpulannya,waktu yang d manfaatkan dalam 50 tahun  d dunia Cuma 2 tahun untuk solat>ini jika yang solat 10 minit! Jika solat macam ayam patuk tanah,macam mana? 2 tahun daripada 50 tahun kesempatan kita.
Itu pun belum tentu solat kita bermaknaber pahala dan d terima.sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun. Dalam percakapan kita yang dusta, baik yang sengaja ataupun tidak. Dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita. Dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir dan dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.wallahualam.
Marilah sama-sama kita renungkan.
Sumber:novel “tuhan masih mencintaiku,karya,Lily Haslina Nasir”

MARI KITA BERMUHASABAH BERSAMA!

Manusia rata-rata meninggal dunia pada usia sekitar lebih
60 tahun dan kurang 70 tahun.kecualilah dapat subsidi daripada ALLAH.maknanya usia 65 tahun adalah usia purata orang kita di jemput ALLAH.
Lelaki akil baligh sekitar usia 15 tahun dan perempuan pula sekitar
15 tahun.okey,maksud sy,berapa banyak masa yang kita gunakan bagi
beribadah kepada ALLAH.jika ikut kiraannya,kita ada 65 tahun ditolak
dengan 15 tahun bersamaan 50 tahun.hemm,betulkah 50 tahun itu
kita gunakan  bagi beribadah dan mengenal Allah?

                       <<<<<<<Jom tengok ni>>>>>>

Waktu tidur lebih kurang 8jam sehari
Dalam 50 tahun, waktu yang habis d pakai untuk tidur sebanyak 18,250 hari x 8 jam=146,000 jam bersamaan 16 tahun 7 bulan. Dibundarkan menjadi 17 tahun.logiknya,alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis d gunakan untuk tidur,padahal kita akan meninggalkan dunia untuk selamanya…

Waktu aktiviti pada siang hari lebih kurang 12jam
Dalam 50 tahun,waktu yang habis d pakai untuk aktiviti sebanyak 18,250x12 jam=219,000 jam iaitu bersamaan 25 tahun.aktiviti pada siang hari,ada yang bekerja,atau bercinta,ada yang belajar atau mengajar,ada yang sekolah atau kuliah,ada yang makan sambil jalan2 dan banyak lagi…


Waktu rehat lebih kurang 4jam sehari
Dalam 50 tahun,waktu yang d pakai untuk rehat 18,250x4jam=73,000jam iaitu bersamaan 8 tahun.waktu rehat d habiskan dengan menonton televisyen atau mungkin termenung dbuai khayalan.

17 tahun+25 tahun+8 tahun=50 tahun!!!
(bersambung...)



ikhlaskanlah

Ikhlaskanlah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan
-Itu lebih manis-
:)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...