Taubat seorang pencinta

Tika hati diuji manisnya cinta
Ingatan hanyalah pada si dia
Rindu padanya kian membara
Sayang dan kasih berputik untuknya…

Hati ingin mencintai
Hati juga ingin dicintai
Diri ingin menyayangi
Diri juga ingin disayangi…

Dan seketika, aku termenung jauh sendirian
Mengenang akan dosa-dosa yang ku lakukan
Aku sentiasa tertanya-tanya
Adakah hubungan cinta ini satu dosa???

Dalam bercinta, zina hati tetap akan berlaku
Kerana di mana adanya cinta di situ adanya rindu
Zina tangan, zina lidah dan sebahagiannya lagi
Senantiasa menanti penuh pasti pasangan-pasangan yang bercinta
Kerana syaitan sentiasa menjadi
Orang ketiga dalam hubungan percintaan ini…

Ya Muhaimin,
Aku insaf akan kejahilan diriku
Aku telah memutuskan hubungan cintaku dengan si dia
Walaupun luka menyelaputi hati ini
Akan ku cuba untuk ubati…

Ya Rabbana,
Alhamdulillah kerana engkau telah menyedarkan aku
Daripada kejahilan cinta buta iniAku ingin menemui cinta yang diredhaiMu
Aku ingin menuju ke jalan percintaan yang halal
Iaitu hanyalah cinta selepas kahwin…

Ya Rabbul Izzati,
Bimbinglah hatiku ini senantiasa
Agar aku tidak jatuh dalam sumur dosa
Aku bertaubat padaMu…
Terimalah taubatku…
Ampunilah aku 



                             sumber:cinta Allah cinta abadi


4 comments:

  1. Cinta lepas kahwin cinta yang sesungguhnya...

    ReplyDelete
  2. mohd hafiz:
    betul tu... cukup indah...
    :-)

    *bercinta itu tidak berdosa,perbuatan demi cinta itulah yang selalu membuahkan dosa...

    ReplyDelete
  3. sweet strawberry:
    dekna... huhhuuuu...
    em,kita pun suka.hehe...
    jumpa esok k...

    ReplyDelete

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...