kerana aku sayang kamu

Wahai sahabatku,,,
Diamku tak bererti aku membenarkan,
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan,
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan,
Bukan juga melukakan…

Tapi hari ini hatiku benar2 terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama2 mewarnai persahabatan ini
Dan aku mula menyendiri lagi…

Kini,Kau tertanya2 mengapa aku mendiamkan diri apabila bersamamu
Tetapi kau sedikit pun tidak tertanya2 mengapa kau mendiamkan diri apabila bersamaku dahulu

Aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Tidak melukaimu
dengan menjauhkan diriku darimu,
dengan pergi jauh dari hidupmu
walaupun aku sedar
sekeping hatiku ini akan teruk terluka
dengan keputusanku ini…
aku akan cuba membiasakan diriku dengan keadaan yg ‘baru’ ini…

wahai sahabatku,
fahamilah keputusanku ini…
aku tidak mahu terluka atau melukai
hanya disebabkan persahabatan ini…
aku tidak sanggup…
aku tidak kuat…

2 comments:

  1. disebabkan oleh itu lah perlu ada rasa percaya mempercayai dalam sebuah persahabatan...erti sebuah persahabatan akan hilang sekiranya tiada rasa percaya and sayang menyanyangi antara satu sama lain....i'm heard that you got fever...hope that you quickly recover from your fever....LOVE YOU MY FRIEND...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...